Wednesday, May 19

coretan...

Buat seorang wanita..isteri mahupun ibu, coretan ini untukmu...

Kelebihan wanita berkahwin??

Diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah ketika dia mengandung...

Apabila dia menyusukan anaknya, setiap air susu yang diminum akan diberi satu kebajikan oleh Allah...

Apabila dia berjaga malam kerana menguruskan anak, dia akan diberi pahala seperti pahala membebaskan 70 orang hamba...Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada seksaan api neraka.

Begitu juga wanita yang mencuci pakaian suaminya, dia akan diberikan 1000 pahala diampuni 2000 dosa...Lebih istimewa, wanita yang tinggal di rumah kerana menguruskan anak-anak dia akan dapat tinggal bersama Rasulullah S.A.W di syurga kelak...
Sementara wanita yang melayani suaminya dengan redha akan mendapat pahala daripada Allah S.W.T dan wanita yang meninggal kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid...

Semoga kita semua mendapat keredhaan Ilahi...kebahagiaan dunia dan akhirat..InsyaAllah :)




........

No comments: